Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,589
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 1

KAPAL terbang mendarat dengan selamat di landasan panjang. Perjalanan yang memakan masa tiga kali tidur, dua kali berak, sekali transit dari London Heathrow Airport dan sepanjang masa melekatkan headphone di kepala itu memang sangat memenatkan. Walau apapun, kenderaan yang digunapakainya itu tidak crash di mana-mana negara asing, tidak skid di penghujung landasan ketibaan, dan tidak juga hilang kerana di-hijack. Alhamdulillah buat masa ini.

Selesai proses identifikasi diri di kastam London dan selesai mengambil beg pakaiannya, kaki membawa diri keluar dari Airport. Langit yang cerah direnung dan jalan raya ditentang. Penduduk berkulit merah putih ini semuanya berpakaian tebal sepertinya, dan dedaunan pada juga sudah hilang hijaunya. Nice, hati berbisik. Ini ialah permandangan yang takkan dapat dilihat di Tanah Melayu melainkan dicipta sendiri oleh sesiapa yang rajin dan banyak duit seperti terciptanya i-City.

Udara sejuk kerana musim luruh belum sampai sepenuhnya ke tulang sumsum kerana pakaian tebal yang dah dipakai awal-awal lagi. Walaubagaimanapun, bisa udara sejuk ini tetap terasa pada isi hidung. Saiful menipiskan pernafasan, enggan sakit hidung.

“Okey…” Kaki dibawa melangkah, mencari teksi. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah bersiar-siar ambil angin. Perkara kedua, menjelajah setiap jalan, lorong dan melihat semua bangunan seorang pelancong sepatutnya lihat. Perkara ketiga, cari rumah sponsornya.

“Ah. Maybe aku patut buat yang terakhir dulu?” Sambil melangkah mencari teksi, dia bermonolog.


LONDON Victoria Station.

Setelah bergaduh dengan diri sendiri tentang rancangan mana yang perlu dilakukan terlebih dahulu, akhirnya dia memutuskan nak ke tempat tinggalnya dahulu. Dengan teksi London yang terkenal dengan identiti hitam dan bentuk klasiknya, Saiful tiba di stesen bas yang besar ini. Sungguhlah ramai orang dan besar. Kalau nak dibandingkan dengan KL Sentral… erm… entah. Dia tak pernah menjejak KL Sentral.

Handset yang dipasang mode silent tiba-tiba bergetar. Ah, dah sampai waktu Maghrib. Langit di luar bangunan diintai. Masih cerah macam waktu di tengah hari. Haha. Inilah namanya kejutan perbezaan waktu. Jakun sedikit. Ruang untuk solat lalu dicari.

“Err…” Sambil menarik bagasi berodanya, kaunter pertanyaan didapatkan. “Excuse me. Where can I find the closest prayer station for muslims?”

You can found none here.”

Senyum. “The closest…?” Masih berusaha bertanya.

Well, the closest won’t be that close anymorebut it’s in central.”

What in central?”

The mosque.”

The closest mosque is inwhat central?”

“London Central obviously.”

Right…” Aku memang tau lama dah London Central ada masjid. Banyak pulak tu, LOL. Kira central bangunan ni takde, huh? “How far is it from here?” Wanita berambut perang ikat siput itu ditentang lagi.

Like an hour walking or a few minutes with 60 pounds payment for taxi.”

Mata membulat. “Haha… very informative. Thanks, lady…” Dengan senyum separuh ikhlas separuh janggal, dia melangkah pergi dari situ.

Nak habiskan duit dan pergi London Central dan patah balik ke sini… atau jamak je kat rumah Adli?

Dia memilih pilihan yang kedua. Walaupun terasa bersalah kerana terang-terang melepaskan waktu solat yang sangat berharga, tetapi… islam itu mudah dan pemaaf.

Tiket bas ke Whitechapel dibeli. Sementara menunggu waktu perjalanan, energy bar dikunyah dan air mineral ditelan. Novel Emma oleh Jane Austen dibaca. Bukan minatnya nak membaca novel cinta, tetapi Jane Austen ialah salah seorang penulis English yang dia akui seorang genius bahasa. Lagi-lagi English di tanah England ini lain dari English Amerika yang selalu didengari di TV Malaysia.

Perut memulas.

Saiful melangkah keluar dari tandas, cuma untuk melihat beg pakaiannya sudah tiada di luar tandas. Kiri dilihat. Kanan dilihat. Orang ramai yang memenuhi London Victoria Station direnung. Bagasi yang sepatutnya berdiri di tepi pintu masuk tandas dipandang lagi. Tiada bagasi itu di situ.

Saiful tidak beriak. Tiada perasaan lain yang dirasainya kini melainkan rasa bersyukur kerana terfikir untuk memisahkan semua barang penting seperti dompet, passport dan handset di dalam beg kecil yang tergantung melintang di tubuhnya sekarang. Hahha. Satu-satunya masalah yang menghadirkan keluh ialah makanan ringannya turut dikebas. Cheit.


WAKTU pada tiket bas diperiksa, dan jam tangan dilihat. Masih ada jarak waktu sekurang-kurangnya setengah jam. Headphone yang memekak dengan Viva la Viva – Coldplay diturunkan dari telinga dan dibiar bergantung di tengkuk. Ruang stesen bas yang besar dan berbumbung itu direnung seketika.

Time to go.”

Dia bangkit dari duduknya di tempat duduk tiang itu dan bum, seseorang melanggarnya.

“Ah, sorry sir.”

Saiful menoleh, menentang seorang gadis dengan kulit coklat yang cerah, bertudung hitam dan mempunyai parut yang sangat jelas pada tulang pipi bawah mata kanan. Berkerut dahinya. Wajah itu… dikenali… ataupun tidak…. Tapi… masakan ‘dia’ ada di sini jugak??

“Pergh, jambu giler siak.” Si gadis asing memberi komen dengan mata terbuntang menentang dirinya. Riak terpegun ketara sekali seperti tidak pernah melihat manusia. Saiful mengerut dahi. Si gadis tersengih kemudian sambil menggaru pipi. “Ahahaha… bukannya setiap hari saya jumpa lelaki hand – kacak overdose – er, I mean… erm, sorry.” Tertunduk.

Haha. Sahih melayu. Dan bukan Eli. Saiful mengiakan. Gadis itu pula menutup mulutnya seperti tidak percaya apa yang baru disebut. Mata hitam itu menentang dirinya malu-malu sebelum muka segan itu berganti dengan riak – bukannya dia faham pun apa yang aku baru sebut. Saiful menahan senyum. Riak wajah itu ditentang sepuasnya hingga si gadis mencerun dengan riak geram.

What? I said I was sorry,” ujarnya dengan nada keras.

Kening Saiful terjungkit. Amboih. Garang. “Lady,” panggilnya lekas bila wanita bertudung itu nak melintasinya. “Are you from Malaysia?”

Anak melayu itu mendongak lagi padanya. “Yeahhow do you know?”

Just happen to mingle a lot with your folks.” Bahu dijungkit.

“Oh?” Curiga sedikit. “Is it because I look like a malay?”

Yes…”

So that means Indonesia or Singapore also in your consideration. Why is it only Malaysia that you referred to me?”

Rahang Saiful jatuh sedikit. Wanita inimempunyai self-coucious yang sangat tinggi! “Are you saying you’re not from Malaysia?”

It can be a ‘yeah’but also a ‘no’.”

Berkerut dahinya. Keliru dengan kata-kata yang berbelit-belit. “You sound like a stupid person. Don’t you listen to yourself when you talk?”

“Diam la bengong.”

Lelaki itu melepaskan ketawa perlahan. Percuma dapat ayat bengong di tanah England ini. “So, you’re fromJohor or something?”


AYEN terkedu. Ternganga. Bulat sekali matanya menentang lelaki tinggi dengan mata biru kilat di hadapannya ini. Dia tahu Johor? “NoI’m not from Johor… but I was once live there. You know Johor?”

I’ve lived there.”

“Ohoh.” Ceria naik ke muka bila senyum merebak hingga ke telinga. Mamat asing bermata biru masih merenung dirinya tanpa kelip. “For how long?”

For a period of time.”

“LOL.”

I have a friend there. A girl. Elisa. She look a lot like you. Are you her friend?”

Dahi berkerut. “NoI don’t know anyone named Elisa. My friend of friend pun… nope.” Kepala digeleng.

“Oh.” Si tinggi itu berpeluk tubuh, lalu merendahkan badannya. Ayen yang berada di paras bahu lalu sama tinggi dengan kepala si lelaki. Kaki spontan terundur setapak, membina jarak supaya wajah mereka tidak bertemu. Naik segan dia bila mata biru itu meratah habis seluruh wajah. Ayen bertindak melarikan pandangan ke lantai.


SAIFUL terus merenung rias asing di hadapannya. Betul-betul macam Elisa… Cuma warna kulitnya lain… dan parut… dan bibir… dan suara.

Your mom didn’t teach you to keep a distance with a stranger?” soal suara lembut itu tiba-tiba. Saiful tersedar. Wajah childhood friend yang ditinggalkan di Johor Bahru itu lesap dari kepala dan berganti dengan awek bertudung dan berparut ini.

Noshe didn’t teach me that.”

Gadis itu mencemik, nak pergi lagi. Saiful tersenyum nipis. Tubuh baru nak dikalihkan sebelum dirinya tiba-tiba dipanggil. Wanita berparut itu mendapatkannya kembali.

Do you happen to know where Queensborough is?”

I don’t memorize Google Map.”

“Jawab baik-baik la bang.” Bahasa melayu digunakan untuk membidas kerana geram. Saiful mengangkat kening dan gadis itu ketara mendesis. “I meanI missed my bus and now I don’t know where to go. I wonder if its expensive if I buy it first-hand…”

First-hand?”

Mata hitam dijelingkan padanya. “I’ve booked my bus ticket before I reached hereits cheaper that way…”

And then you missed the bus?” Soalan berupa kenyataan.

Kepala ditundukkan, sebal, lalu mengangguk. Saiful mengangguk ringan. “And, you don’t have any money with you?” Angguk lagi. “So, what is it that you want me to do? Listen to your rant?”

Mata hitam itu sekali lagi dijelingkan padanya. “Aren’t you the sadistic one…” Diluahkan sengal. “Yes. I only want you to listen to my rant. Nothing else.” Bibir bawah dicemikkan dan dia berkalih. Pergi dari situ. Memang tak tahu langsung macammana dia boleh terfikir nak meminta tolong mamat tinggi gaban itu!

Saiful tersenyum nipis. “Where do you want to go again, lady?”

Somewhere in London,” balasnya keras. Terus menjauh.

Saiful mula mengekori bila jarak antara mereka menyukarkan komunikasi. “Do you have any friend, here?”

Gadis itu menjeling sekilas. “Yeah… Queensborough.”

What. You go there to meet that friend of yours or something?”

Yes.” Gadis asing itu berkalih badan dan mencekak pinggang di hadapannya. Saiful berhenti melangkah. “Why so nosy? Does it bother you or something?” Gaya bicara Saiful digunapakai. Lelaki itu tergelak lagi. Perlahan.

Then why don’t you contact her and inform her bout’ your problemwon’t that speed things up?”

Senyap seketika. Gadis itu menumbuk telapak tangannya. “Ha’ah la!”

Saiful mengerut dahi. “Aren’t you an idiotic one…”

Shut up. Bukannya setiap hari boleh sesat yang tempat asing. And I’m not that quick-witted…” Handset di dalam beg tangan dikeluarkan, lalu contact dicari. Saiful tersenyum nipis. Kepala Ayen ditepuk sekali dan dia melangkah ke tempat bas berkumpul.

“Hey, big guy! Thanks!”

Suara kecil Ayen dari belakang kedengaran ke lubang telinga. Saiful sekadar mengangkat tangan kanan sebagai tanda – tarahal.


QUEENSBOROUGH Terrace, Whitechapel, London.

Saiful tersenyum, melangut. Bangunan tinggi dengan gaya English lama nampak cantik di mata. Nilai budaya arkitek yang dijaga… kah? Entah. Pedulikan sentimen orang English terhadap bangunan mereka, Saiful mendapatkan seorang lelaki berkaca mata yang menunggunya di depan bangunan tersebut.

“Adli.” Lelaki melayu berkulit cerah itu menghulur tangan. Saiful menyambut dengan senang hati. “Thanks for renting in my house.”

Kening terangkat, lalu tertawa perlahan. “Tak pernah dengar lagi orang berterima kasih atas alasan pelik gitu.

Adli terperanjat, menarik tangannya supaya telunjuk boleh ditunjuk pada si mata biru. “Melayu?? I mean… wow. Tahu Bahasa melayu?”

I’m a Malaysian la bro.”

“Oh… you look…” Mata turun naik laju atas dan bawah. “…genuinely not a malay.”

Does being a malay is a must kalau sebut orang Malaysia?”

“Tak la… tapi… hahaha. Lagi-lagi your eyes.”

Never heard of pan-asian, huh?” Kening dijungkit sebelah. Berhabis menjawab dengan soalan bernada sarkastik. Adli tersenyum nipis.

Rightsorry.” Kata-kata si penyewa akhirnya diterima saja. Tinggi dahlah tak macam orang Malaysia. Lebih tinggi darinya. Mungkin melebihi 180cm. Mata biru kilat itu memang sangat asli… dan bentuk muka itu bukannya jenis yang selalu dilihat di Tanah Melayu. Cuma kulitnya mungkin tidak cukup ‘english’nya, dan bahasa lidah juga sangat pekat melayunya. Pintu rumah dibuka dan si penyewa dipersilakan masuk. “Nama?”

“Saiful.”

“Hahah!! Sahih melayu.”

“Hahaha…”

Saiful ditunjukkan seisi rumah. Tentang dapur yang menjadi station isterinya, tentang isterinya yang pandai memasak, tentang ruang tamu, tentang cantiknya isteri dia jadi jangan berani nak gatal, tentang perpustakaan kecil, tentang bilik-bilik kosong, tentang amaran jangan menggoda isterinya, dan mengenai isi rumah yang lain.

“Kita cuma ada empat ahli. Me and my wife, you, and another one akan datang kejap lagi. My wife pergi ambik dia. Ini kunci spare. I’m an MBA student in Queen Mary, so there are times I tak bermalam kat rumah ni. So I think I can trust you untuk tak goda isteri i?” Dah kali keberapa entah amaran itu diberi sejak perkenalan tadi.

Saiful tersenyum nipis. Paranoid no mamat ni. “Don’t worry. Aku tak berminat dengan isteri orang…” Wajah yang serius itu ditentang. “Aku ada awek aku sendiri kalau itu yang kau nak dengar.”

Dan si empunya rumah hanya mengangguk.

Saiful selesai menjamakkan solat. Beg kecil diletakkan di atas meja dan tubuh panjangnya dibaringkan ke atas katil. Aaah… Sedap sekali rasanya. Tangan disatukan di belakang kepala dan siling berlampu direnung. Wajah si abang dengan mata biru kilat tertayang pada lampu pendaflour itu.

I’ve already on the same ground with you, abang… tunggulah. I’ll reach you in no time.” Pada lampu, azam dicipta.

Hadirnya dia di tanah United Kingdom ini bukannya dengan alasan saja-saja nak merantau. Niat itu mungkin ada, cuma berada di sebelah niat sebenarnya iaitu mencari abang yang tidak balik ke rumah selama 9 tahun. Berita mengenai si abang mungkin sampai di rumah, samada ucapan hari jadi, atau ucapan raya, mahupun nak transitkan ucapan hari jadi kepada jiran yang disayangi itu. Cuma, nak menjejakkan kaki ke Malaysia nampaknya susah sekali. Apa dia yang dia sibukkan sangat di sini agaknya.

Tubuh dikalihkan ke kanan. Almari kosong yang terbuka menarik perhatian. Baru teringat dia tiada pakaian yang lain selain kemeja hitam dan jeans di tubuhnya sekarang. Berapa lama dia tinggal di sini pun dia tidak pasti lagi. Saiful memejam mata. Nanti-nantilah fikir. Buat masa ini, tidur.

Pintunya biliknya diketuk berkali-kali. Saiful tersedar dari tidur. Dengan muka memeh, pintu bilik dibuka.

“Oit.” Adli tersengih. “Sorry, kacau kau tidur. Aku kacau ke?”

Duh.” Punggung digaru.

“Kau dah makan ke belom? Makan jom.” Ibu jari ditunjuk ke ruang dapur. Saiful menoleh dengan mata kuyu, sebelum menoleh kembali pada tuan punya rumah.

“Aku tak ingat aku ada kelebihan menyewa rumah ni dapat makan free.”

“Haha… bukan la. Kira welcoming party untuk kau dengan Aaa… yang sorang lagi.” Senyum. Bahu Saiful ditepuk sambil berkata, “Cucilah muka tu. Bini aku masak sedap.”

Lelaki berkaca mata itu direnung datar. Tak habis-habis lagi nak puji bini dia…. “Iye… iye…”

Adli membawanya ke meja makan. Pedulikan wanita bertudung yang sudahpun berada di meja makan - yang mungkin isteri lelaki itu, Saiful merapat ke singki. Nak mencuci muka. Nak membuang kantuk yang masih bersisa di mata. Ada tahi mata agaknya, sebab tu berat sangat.

“Yahaha! Lagi sekali aku merasa Fafa masak! Daebak siak!” Satu suara kecil kedengaran kuat dari belakangnya.

“Bisinglah kau Yen. Ada orang lain yang makan dengan kita hari ini.” Satu lagi suara perempuan membalas.

Muka diraup dan sisa air ditepis. Saiful menoleh ke belakang. Gadis bertudung hitam dan berkemeja panjang yang ditemui di London Victoria Station tengah hari tadi ada di situ. Sedang memandang dirinya dengan muka berkerut, dan sedang berdiri di hujung kerusi sambil menggaru dagu.

“Macam pernah ku lihat…”

Dia merenung toya. “You’re that girlie kat Victoria Station tadi."

Ayen menumbuk telapak tangan. “Ohah! Him.” Kerusi ditarik dan dia duduk. Fariha, rakannya dipandang. “Kau cakap penyewa kau melayu. Sejak bila kau reti menipu ni? Deli ajar ke?”

Fariha dan Adli berpandangan. Saiful pula mengambil tempat duduk di sebelah Ayen. Gadis itu menoleh, lalu kerusi ditarik-tarik. Menjauhkan jarak di antara mereka. Saiful merenung sengal.

Fariha memandang temannya itu. “Dia memang melayu, pun.”

“Ha? Mana ada orang melayu muka macam tu.”

Saiful menjeling. “Orang melayu ni mukanya universal, missy,” tuturnya, menarik perhatian Ayen untuk menoleh. “Muka cina, muka india, muka bangla, muka Najib, muka Neelofa, muka Siti, muka penyagak, muka perogol, muka kemek, muka hidung mancung, segala bagai ada.”

Ayen ternganga luas. “Betul-betul orang melayu seh… mutasi kebaratan sungguh nih. Mutasi si Deli aku terima la jugak…” Wajah itu direnung.

Nasi lemak disenduk ke pinggan. “My accent kan lain dari British punya accent. Kau tak perasan jugak dari situ?” Ayen menggeleng, membuatkan Saiful menjeling. “How did you manage to live until now with this idiosyncrasy?”

Adli dan Fariha serentak mengangkat pandang. Ayen menahan geram.

Sorry. Aku memang agak slow-poke sikit, tapi kau takyahlah nak kutuk orang idiot sedangkan nama pun saling tak tahu lagi.”

“Nama takda kaitan dengan personaliti, duh. Walaupun aku mungkin boleh bersetuju nama aku handsome macam aku.”

“Cheit. Poyo tahap muntah telur busuk. Nama kau sedap sangat ke?”

“Saiful.” Berbangga sedikit.

Ayen terkedu, sebelum terlepas gelaknya kuat. Impak ketawa yang mendadak membuatkan kepala terdongak ke langit. Fariha dan Adli berpandangan, berkongsi pandangan hairan manakala Saiful mengerut dahi. Gadis dengan parut pada wajah itu menutup mulutnya dengan tangan. Hahahha… kelakar.

Lame giler nama kau!! Muka dah handsome dah! Hahahahahahha…”

Irritated. Saiful memejam mata, menahan sabar. “Handsome to the point kena panggil, ‘pergh, jambu giler siak…’ masa first meeting?”

“Erk!” Gelak itu mati. Mendadak dilepaskan, mendadak juga dimatikan. Saiful memberi jelingan, dan Ayen melarikan pandangan. Barulah kedua-duanya menikmati rezeki di depan mata tanpa sebarang kata-kata.
Next: Dour 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.